top of page
santubong.png
#KAMEKMILIHNANCY: Text

Empat Teras Utama KamekMilehNancy

#KAMEKMILIHNANCY: Selected Work
Pembangunan Infrastruktur-Fizikal santubong.jpg

1. Pembangunan Infrastruktur

Di parlimen Santubong, visi utama Nancy Shukri adalah untuk memastikan masyarakat di kawasan mendapat kemudahan yang efektif, menyeluruh dan berkualiti.

Nancy Shukri sentiasa memeta jalan penyelesaian dan perantara di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan di kawasan beliau diteruskan. Bersama rakan-rakan ADUN yang lain, dan kerjasama padu Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Abd Rahman Zohari, beliau komited dalam memastikan pembangunan di Santubong tidak akan diketepikan.

2. Pemerkasaan Modal Insan

Di Santubong, segala iniatif telah dan akan diusahakan bagi memastikan masyarakat di kawasan tersebut mendapat ruang dan peluang yang cukup bagi membina masa depan mereka yang sendiri.

Bagi Nancy Shukri, pembangunan modal insan bukan sahaja bertujuan untuk menambah baik kecekapan pasaran buruh di Santubong, tetapi yang paling utama adalah untuk memajukan masyarakat dan industri tempatan. Selain itu, menerusi teras ini, akses kepada pendidikan juga diperluaskan. Usaha ini memastikan agar tidak ada seorang pun ketinggalan di dalam mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Pembangunan Modal Insan santubong.jpg
Pembangunan Sosio Ekonomi santubong.jpg

3. Kemajuan Sosio-Ekonomi

Pembangunan sosio-ekonomi Parlimen Santubong adalah antara matlamat terbesar bagi Nancy Shukri.

Persekitaran sosio-ekonomi yang inklusif dan menyeluruh akan menyemarakkan lagi semangat keusahawanan, sekaligus menambah baik kemajuan sosial di sesebuah kawasan. Dalam usaha menguatkan teras ini, golongan-golongan tertentu seperti golongan wanita, OKU, belia dan pelbagai sektor masyarakat telah dan akan diberikan sokongan yang seadilnya, agar mereka juga berupaya menyumbang kepada pembangunan masyarakat, sama seperti orang lain.

4. Kesejahteraan Masyarakat

Dalam pelbagai perancangan pembangunan sesebuah kawasan, agenda kesejahteraan secara keselurahannya juga tidak harus dilupakan. Masyarakat yang berakhlak mulia adalah masyarakat yang dapat mencari titik imbang di antara pembangunan insan dan pembangunan rohani.

Kesejahteraan masyarakat, dalam kerangka pembangunan nilai dan kerohanian diri adalah komponen penting bagi masyarakat di parlimen Santubong. Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi teras ini, pelbagai acara dan program digiatkan oleh Nancy Shukri bagi menyemarakkan lagi semangat kerohanian masyarakat serta memberi ruang untuk budaya-budaya khusus ini kekal menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Santubong.

Kesejahteraan masyarakat untuk santubong.jpg
bottom of page