top of page
Saya nancy Shukri.jpg
BIOGRAFI: Image

Seorang Wanita dan Pemimpin

Sebagai seorang insan yang membentuk landskap politik negara, Nancy Shukri percaya dengan keupayaan wanita untuk menerajui kepimpinan. Beliau tidak pernah merasakan bahawa peranannya sebagai seorang wanita sebagai sebuah penghalang terhadap keupayaan beliau bekhidmat kepada negara.

BIOGRAFI: Text
BG 490 x 490 px 3.png
BG 490 x 490 px 3.png

16

tahun pengalaman dalam bidang politik dan pentadbiran

Nancy Shukri mula bergiat dalam bidang politik pada tahun 2006

BG 490 x 490 px 2.png

14

tahun bekhidmat untuk parlimen

Pada tahun 2008, Nancy Shukri dipilih untuk mewakili kawasan P200 Batang Sadong

BG 490 x 490 px 3_1.png

7

anugerah dan pengiktirafan

Nancy Shukri dianugerahkan darjah Panglima Negara Bintang Sarawak pada tahun 2021

Nancy Shukri percaya dengan keupayaan wanita untuk memimpin. Beliau mahu lebih ramai wanita menyertai bidang politik dan usaha pembinaan sebuah negara bangsa, serta berbakti untuk negeri Sarawak. Sebagai anak jati kelahiran Sarawak, beliau amat arif tentang selok belok budaya dan norma masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

nancy shukri web photo 1.png
nancy shukri web photo 2.png

Sejak tahun 2008, beliau mula menabur bakti kepada masyarakat di Batang Sadong dan diberikan peluang untuk berkhidmat kepada mereka sehingga 2022. Peratusan undinya dari tahun 2008 cukup membuktikan bahawa beliau adalah seorang figura yang berpengaruh dan dihormati ramai di Sarawak. Dalam pilihanraya umum ke-15, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen P193 Santubong, juga dengan peratusan undi yang memberangsangkan.

Nancy Shukri juga mempunyai pengalaman memimpin pelbagai kementerian melalui jawatannya sebagai mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodoti, mantan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, dan kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Nancy Shukri berusaha untuk memperlihatkan kepimpinan wanita merupakan kepimpinan yang amat diperlukan Malaysia pada waktu ini.

nancy shukri web photo 3.png

Nancy Shukri berusaha untuk memperlihatkan kepimpinan wanita merupakan kepimpinan yang amat diperlukan Malaysia pada waktu ini. Tambahan lagi, aspirasi Nancy Shukri adalah untuk memastikan kemajuan Malaysia pada masa hadapan tidak sekali-kali mengenepikan kebajikan dan kesejahteraan anak-anak, wanita dan golongan rentan di Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat Madani yang bersatu hati, Nancy Shukri komited untuk memperjuangkan suara dan kepentingan semua rakyat Malaysia rentas perbezaan.

contact-form-frame-2.jpg
nancy-orange.png

Kongsikan suara hati anda bersama saya

Terima kasih! Mesej telah dihantar.

bottom of page