top of page
Di dalam perancangan pembangunan insan, pembangunan kerohanian dan nilai juga tidak dilupakan. Masyarakat yang berakhlak mulia adalah masyarakat yang dapat mencari titik imbang di antara pembangunan insan dan pembangunan rohani.
Kerohanian diri adalah komponen penting bagi masyarakat di parlimen Batang Sadong. Teras ini menitik beratkan kepentingan rohani dan nilai yang membentuk budaya dan cara hidup masyarakat Batang Sadong. Di dalam usaha untuk mengukuhkan lagi teras ini, pelbagai acara dan program digiatkan oleh Nancy Shukri bagi menyemarakkan lagi semangat kerohanian masyarakat serta memberi ruang untuk budaya-budaya khusus ini kekal menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Batang Sadong.
bottom of page