Infrastruktur yang cemerlang dan membangun adalah bukti kemajuan sesebuah peradaban. Penambah baikan infrastruktur moden bukan sahaja membantu membangunkan ekonomi, malahan ia juga menambah baik kualiti hidup orang ramai.
Di parlimen Batang Sadong, visi utama Nancy Shukri adalah untuk memastikan masyarakat di kawasan mendapat kemudahan yang efektif, menyeluruh dan berkualiti.
Wujudnya permasalahan tanggungjawab pembangunan di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri tidak menjadi penghalang untuk beliau memastikan pembangunan di kawasan beliau diteruskan.
Bersama rakan-rakan ADUN yang lain, ADUN Simunjan, YB Awla Bin Idris, ADUN Sadong Jaya, YB Ir. Aidel bin Lariwoo dan beserta Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Abd Rahman Zohari, beliau komited dalam memastikan pembangunan di Batang Sadong tidak diketepikan.
Kerjasama yang wujud antara Nancy sebagai seorang menteri bersama rakan-rakan ADUN-nya sudah menghasilkan buahn yang mana dapat dilihat kini adalah projek-projek infrastruktur moden di Batang Sadong. Ikuti perbualan orang-orang Batang Sadong dan pendapat mereka bekenaan projek-projek yang diusahakan.