​
Sebagai mantan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri komited dalam memastikan sektor pelancongan negara menjadi antara salah sebuah asas ekonomi terpenting negara, terutama sekali di waktu pasca pandemik. Di dalam memastikan porftolio kementeriannya terjaga, tugas-tugas sebagai ahli parlimen Batang Sadong tidak beliau lupakan. Kebajikan masyarakat Batang Sadong sentiasa menjadi keutamaan Nancy Shukri.
Kempen #kamekmilehnancy merupakan kempen rakyat khususnya di Batang Sadong yang telah mendapat manfaat besar daripada hasil usaha Nancy Shukri sepanjang menjadi ahli parlimen P200 Batang Sadong. Kempen ini adalah platform untuk mengetengahkan isi hati, penghargaan dan harapan besar rakyat Batang Sadong terhadap beliau untuk rakyat P200 Batang Sadong melalui 6 teras utama.
​
Infrastruktur yang cemerlang dan membangun adalah bukti kemajuan sesebuah peradaban. Penambah baikan infrastruktur moden bukan sahaja membantu membangunkan ekonomi, malahan ia juga menambah baik kualiti hidup orang ramai.
Insan yang berjaya adalah mereka yang dapat merealisasikan bakat dan usaha mereka.
Menelusuri dasawarsa yang semakin maju dan ke hadapan, adalah wajar suasana sosio-ekonomi negara berpindah ke sebuah persekitaran yang baru dan utuh.
Semenjak menjadi ahli seumur hidup Pertubuhan Perkumpulan Wanita pada tahun 1996, Nancy beraspirasi untuk merekayasa budaya kewanitaan yang utuh dan kukuh untuk masyarakat wanita, terutamanya di Batang Sadong.
Di dalam usaha untuk menyemarakkan semangat belia dalam kalangan anak muda di Sarawak, Nancy sangat proaktif dalam menjayakan program 18-28
Di dalam perancangan pembangunan insan, pembangunan kerohanian dan nilai juga tidak dilupakan.